ari ni 1st time sy minum air rebusan daun mas cotek..erm x pahit pun...xde la mcm akar2 kayu..pahit semacam je..(ceh mcm aku penah minum air akar kayu gaga~)...bole la klu nk di amalkn selalu...bt mcm minum air masak...
di sini sy nk share skit khasiat mas cotek ni..
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
1. Mengeluarkan toksin dalam badan
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Sakit urat saraf
4. Gout
5. Kencing manis
6. Darah tinggi
7. Membuang kolestrol dan lemak
8. Buasir
9. Migraine
10. Paru-paru berair
11. Pemulih tenaga batin
12. Sakit puan
13. Senggugut
14. Sakit pinggang
15. Keletihan
16. Masalah tidur
17. Rangsangan hormon lelaki
18. Mengecutkan rahim peranakan
19. Merapatkan pintu rahim
20. Sakit lutut
21. Mencantikkan dan melicinkan kulit
22. Demam/ Selesema
23. Awet muda
amalannyer :
Cara-cara merebus dan mengamalkannya:
1. Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
2. Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
3. Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.
4. Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
5. Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.
sape2 yg belum cuba minum...cube2 kan la minum..air mas cotek ni berkhasiat selain dr tiada rasa pahit..korg xkn rase terseksa hanye kerana minum air ini mknalahan ia membuatkn tubuh badan kita sentiasa cergas dan bertenaga kerana tiada penyakit yg dtg...
nk kenal pokok mas cotek tu cm ne..?
ni die...~
tp kte bkn minum air rebusan pokok tu sebijik..kte minum daun die je...daun die cm nie lak..
akhir kata...majulah mas cotek utk negara...yosh~