Wednesday, June 26, 2013

Friday, October 19, 2012

Lipas si coCkroacHes


Assalamualaikum w.b.t



Hari nie tajuk perbincangan kita ialah lipas..korang semua pernah tengok lipas tak…geli bukan…eeeeee princess lulu lagi la geli…lipas ni bahaya tau..ia adalah sejenis serangga perosak dan pembawa penyakit kerana lipas lipas ni pengotor..ala spesis macam lalat jugak la…lalat bole bawak taun..lipas bole bawak ape..sila jawab sila jawab

Buat pengetahuan korang semua..princess lulu sekarang stay kat kg. baru…sob sob sob what the crowded place..korang semua of course la pernah datang kg. baru kan…tipu la tak pernah..tempat segala makanan ni…lagi lagi ia pelik becos penduduknya tinggal di dalam suasana kampung di tengah tengah bandar…tempat sempit tapi menjadi tempat tumpuan orang ramai..mau gilaq princess lulu duduk sini lama lama..right now princess lulu tengah bertungkus lumus mencari rumah sewa yang jauh dari tumpuan orang ramai but kalau bole nak la yang banyak facilities..mmm susah kan nak cari rumah sewa kat key eel nih…huh!

Adoi..see kalau nak start main story bukan maen susah lagi…ada je mukadimah panjang panjang…penat la korang semua baca yeee…ok fine sorry!...okey nak pendek kan cerita (ahhha pendek ke..?), bila princess lulu mention I am currently stay at kg. baru..korang semua musti bole agak kan…tempat yang such crowded macam ni yang penuh dengan kedai makan kiri kanan depan belakang of course la ada banyak haiwan haiwan dan serangga serangga perosak such as lipas and tikus…burung gagak and kucing tidak di nafi kan sekali…bayangkan korang semua…mereka mereka ni gempal gempal and sihat sihat walafiat belaka…syurga makanan dunia la katakan…mewah mewah depa semua makan everyday..kita kita je duk kawal makan..diet la..opssss



Hari ini saja princess lulu dah bertindak kejam dengan menyembur racun serangga kat lipas lipas ni sebanyak 2 ekor dalam masa half an hour..alaa korang ni racun serangga pun tak tahu ke…nak lebih familiar princess lulu guna word shieltox la..untuk korang korang yang berhajat ingin membeli racun serangga ni…sila pilih elok elok ye…racun serangga yang biasa di pasaran tu ada dua jenis…1 jenis for mosquito and da other 1 for cockroaches…korang kalau setakat nak sembur nyamuk beli je sheiltox yang di khas kan untuk mosquito tu…kalau macam princess lulu ni da kebal dengan nyamuk…dengan lipas je belum lagi…so princess lulu kena la ada simpanan shieltox khas untuk cockroach ni…rasanya kalau beli untuk nyamuk pun okey but macam lambat je effect dia kat lipas tu…so better beli penyembur yang khas untuk lipas punya..okie dear…?

Kesian la lipas lipas kat kg.baru lepas ni…banyak la kamu kamu semua akan menemui ajal…ampun yeaa cik cockroach…saya memang tak ada keinginan untuk membunuh kalian sekiranya kalian semua tidak menonjol kan diri kalian di depan princess lulu…so beware ye wahai lipas lipas semua…berjaga jaga la kalian..

Berbalik kepada 2 ekor lipas yang dah princess lulu bunuh tadi…opssss aku da jadi pembunuh nampaknya ni…sori semua..ampun Ya Allah…sesungguhnya aku terpaksa Ya Allah..aku hanya ingin membela diri…hambamu ini tahu bahawasanya ianya berdosa sekiranya kita bertindak kejam dengan makhluk makhluk Mu yang lain…tapi aku tak berdaya Ya Allah…daripada mereka mereka semua membawa penyakit kepada aku in term of keracunan makanan and heart attack becos asyik terkejut dengan kehadiran lipas lipas ni…its better if I can remove them early…before it’s getting worst…hurmmm

Dua dua ekor lipas ni mati dalam keadaan berbeza…seekor princess lulu tak tahu bangkainya di mana kerana lipas ni sempat melarikan diri selepas di sembur…maybe princess lulu sembur sikit je kot kat lipas tu…so lipas ni sempat lari kan diri tapi princess lulu nampak lipas ni dah mabuk mabuk…jap lagi kojol la lipas tu…hahahahaa opsss tergelak plak…yosh!

Yang seekor lagi mati di tempat kejadian…mati sejurus selepas princess lulu sembur dia dengan shieltox…kali ni maybe banyak yang princess lulu sembur sampai mati tak sempat nak bagi amanat kat sesapa…huahuhuahua… lipas yang ni punya la besarnya..perang gelap lak tu…ouchhhh scary….dat why princess lulu memang menggunakan sepenuh tenaga la nak menyembur shieltox kat lipas tu…ambik kau mati teros…opppsss lagik!




Right now lipas tu ada je atas lantai kat luar koridor depan bilik princess lulu…terpaksa susah kan mak cik cleaner sapu bangkai lipas tu besok…sob sob sob susah kan orang lain lagi nampaknya kesan daripada perbuatan princess lulu nih.....aiyok

Yang menjadi kegusaran princess lulu sekarang ialah princess lulu ada nampak seekor kucing ni sedang enak bermain di kawasan bangkai lipas tu…princess lulu worry if the cat main main dengan bangkai lipas tu and then makan…eeee makan lipas? Emmm kucing makan lipas ke…princess lulu pun tak tahu…yang biasa princess lulu nampak kucing kucing ni selalu kejar kejar lipas…tak tahu la apa functionnya..untuk di jadi kan makanan or setakat nak main kejar kejar…belum sampai seru untuk berkhidmat sebagai pemerhati lagi…huh!

Then if the cat makan lipas tu…maunya kucing tu mabuk jugak…kalau mabuk biasa biasa tak ape…demam sikit sikit ke…eyh hello shieltox tu racun okeh…mesti da side effect die kalu termakan okeh…jangan la princess lulu menjadi pembunuh untuk mangsa ke-tiga pulak…I tak nak plis

Untuk konklusionnya…next time princess lulu hupdate pasai kucing tu pulak okey….samada kucing tu still hidup or tak yeaaa…princess lulu sendiri tak nak jadi pembunuh bersiri…see you oals next entry okehhhh!

wassalam

Saturday, September 29, 2012

Tangan TersEpit Pintu KereTa..ouch!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam ntah macam mana tangan princess lulu bole tersepit kat pintu kereta on my own carelessness. masa tersepit tu sakit la jugak..tapi princess lulu tahan je la...ala lepas ni ok la tu.kata hati princess lulu nak sedapkan hati..semasa kejadian princess lulu nak turun dari kereta untuk ke kedai runcit...

Then masuk je dalam kedai runcit tu princess lulu rasa cam ibu jari princess lulu nak meletop coz sakit sangat..ooouuu seyes sakit giler...princess lulu ni bukan tak pernah tersepit tangan...bukan setakat tangan kaki pun pernah...tapi dis time sangat mencabar iman princess lulu...sakit dye Tuhan je yang tahu...

sambil jalan jalan dalam kedai runcit tu princess lulu cuba hangatkan ibu jari tangan princess lulu dengan meniup nafas ke arah tangan princess lulu itu tapi tak menjadi...then princess lulu terfikir...maybe tak boleh dengan cara menghangatkan jari tu...maybe kena guna medium yang sejuk..then princess lulu pergi ke arah bahagian bahan bahan mentah yang ada frozen..nak tahu ape princess lulu buat

1. princess lulu masukkan tangan princess lulu dalam frozen yang letakkan barisan air air tin...dengan harapan  ibu jari princess lulu berhenti sakit...but guess what?...tak ada pape perubahan pon...still sakit...malah ia mula berdenyut-denyut

2. tak menjadi plan first...princess lulu mula memegang tin tin di dalam frozen tu..biasa la tin tin tu kan besi..mesti la lagi power sejuk dye kan...ok la cara ni bole hentikan pertambahan rasa sakit tapi tak kurang kan rasa sakit pon..maybe princess lulu perlukan ice...tapi princess lulu tak jumpa ice okeh!

Masa tu kuku princess lulu mula mengeluarkan darah dari dalam kuku...then kuku dari putih suci itu menjadi biru..aaahhhh no kuku princess lulu da tak cantik...

Malam nak tidur tu lagi la...seyes tak bole tidur...ibu jari kanan princess lulu sakit and berdenyut denyut giler...nak telan panadol tapi stock for panadol pun tarak...baru tdo 10 minit princess lulu tejaga balik because tangan princess lulu sakit...memang sampai ke pagi la princess lulu tak bole tidur

bangun bangun pagi esok tu princess lulu tengok darah beku dalam kuku ibu jari kanan princess lulu makin membesar...thats means malam tadi darah ibu jari princess lulu still keluar...ia melebihi separuh kuku putih princess lulu...aaaa sakit...penat da princess lulu nanges malam tadi...sob3

and hari ni...nak buat apa apa kerja pun tak boleh...angkat barang sikit pun tangan dah sakit and ngilu...nak gerak pun xboleh...apatah lagi nak pegang...terlanggar ngan kertas sekeping pun dah sakit...princess lulu ingat nak pergi klinik la...risau jugak kuku color biru ni kekal selama lamanya..jatuh la saham hantaran princess lulu lepas ni...

right now princess lulu tengah search story story pemblogger about tangan tersepit kat pintu ni...rata rata they oalss story doctor akan tebuk lubang kat kuku..huh scary la...tapi nak tahan sakit untuk berapa hari pun princess lulu scared nak fikirkan

doakan ibu jari kanan princess lulu baek and pulih seperti sedia kala yeaaaa...next entry princess lulu update pasal post ni lagi eyh...tangan ni da mula kebas huh!

Wassalam~

Friday, August 10, 2012

Idea Bernas Daripada Umie... :)

Assalamualaikum w.b.t

This is just short entry for today since i'm going back home in 15 minutes dari sekarang...muahahha..ceritanya ape. .?Korang ada baca tak post princess lulu yang latest..pasal dilemma tu..okey right now parent princess lulu suruh terima je offer untuk mengikuti SL1M programme kat SapuraKencana tu..

And guess what..Princess lulu tak tahu nak cakap macam mana kat bos yang Princess lulu nak resign..aduhai..korang ada cara tak

And just 5 minutes ago princess lulu dapat call dari my Umie Sah..tanya sikit problem kat butik..and she asking me what i'm doing right now..still kerja ke..yup of course la princess lulu jawab kerja sebab princess lulu memang kerja kan...and then dia jawab..''lorh kenapa tak berhenti lagi..ni mesti sayang nak tinggalkan boss hensem die''..haha no la!

Umie Sah ajar bagitau je kat bos macam ni

''Bos, saya nak berhenti kerja..tapi saya sayang nak tinggalkan company ni sebab saya suka bos''

haha konpem boss terkedu langsung benarkan saya berhenti...muahahaha idea yang bagus ke macam tu..

i also have no idea...deng!

Wassalam

Thursday, August 2, 2012

DI LemmA....



Assalamualaikum w.b.t

Hai semua..lama dah princess lulu tak jengah blog ni..lately ni busy sikit la..banyak yang princess lulu nak story dengan korang sebenarnya..tapi cam malas je nak tulis tulis right now kan..next time la princess lulu cerita yea..

Post untuk hari ni adalah berkisar perasaan di lemma yang princess lulu alami...aduhai malasnyer nak tulis intro panjang panjang...pendek cerita sudah la..princess lulu dah pun start kerja kat tempat baru..ala dekat je..kat bandar kuantan je..bila princess lulu pergi interview ni..itu next tyme princess lulu story eyh..sebab bab interview ni pun ada kisahnye yang tersendiri...nanti princess lulu buat entry baru then princess lulu link kan kat sini eyh..

And then tak sampai seminggu princess lulu kerja princess lulu dapat satu lagi offer kat tempat laen...tapi ni bukan kerja la...it's just training..kalau nak lebih tepat lagi SL1M programme..princess lulu dapat offer untuk menyertai SL1M programme kat Sapurakencana Petroleum Berhad..

Rasa cam best je kan..sebab ape? hmm of course la ianya related dengan kos yang princess lulu study dulu dulu time kat universiti...instead of nak compare dengan kerja sekarang...untuk korang yang belum tahu princess lulu sekarang kerja as marketing executive at one company kat jalan Haji Ahmad Kuantan ni...

Princess lulu tak tahu nak pergi ke tak...penyebab tak mo pergi tu bukan sebab jauh (sebenarnya ada rasa cuak jugak sikit coz princess lulu tak pernah pergi stay jauh2 means keluar dari pahang)..Ia adalah kerana princess lulu baru je start kerja kat Dagga Holding Sdn Bhd ni...baru seminggu kot...cam ne nak cakap kat boss ni...alahai kesian kat bos mesti dia sedih kalu princess lulu berhenti kerja kan...haha

Eyh kejap princess lulu nak story sikit...korang nak tahu tak (mood : excited nak cerita haha)...boss princess lulu yang sekarang ni muda giler beb...sebaya dengan princess lulu kot..macam mana dia boleh ada company sendiri di usia mudanya..terpikir pikir gak princess lulu sebenarnya..and jawapan yang princess lulu dapat teka for this point of time..maybe boss princess lulu ni anak orang kaya kot..''mungkin anak orang kaya'' bak kata sleeq and najwa latif.. =)

So bila da ber boss kan orang muda ni...lebih lebih lagi sebaya..tanduk pun mula naik menegak kat atas kepala ni...hahahahaha...mana tahu leh jadi sugar daddy ke kan...boss pun single lagi (hahahaha gelak evil)...oh my god ainun apa sudah jadi pada awak bulan-bulan PUASA ni...astaghfirullah!!!!!

Berbalik pada post di lemma ni...hahaha so korang bole guess tak ape yang princess lulu nak sampaikan...princess lulu mula rasa sayang lak nak tinggalkan company ni..relationship between me and boss with the other staff pun dah mula rapat even baru seminggu princess lulu start kerja...macam mana ni...baru je nak masuk jarum tackle tackle bos haha 

EYH ape princess lulu mengarut di siang siang hari nih...ni la akibatnyer kalau kena tinggal sorang sorang kat office..mula la nak merapu..korang korang jangan salah sangka yea...princess lulu saja je nak post entry yang  akan menghotkan blog princess lulu yang sejuk dingin lagi beku nih...hahahaha

Sebelum princess lulu merapu panjang panjang and ntah apa apa lagi its better for me to stop here..but before that princess lulu nak berdoa jap bagi insaf and jaga hati princess lulu ni daripada memikirkan and buat perkara perkara tak bermanfaat..an an an

''Ya Allah jauhkanlah aku daripada perbuatan yang sia sia..semoga setiap pekerjaan yang aku lakukan bermanfaat dan direhai oleh-Mu..dan sempena bulan rahmat ini aku mohon Kau lancarkan lah segala perbuatan dan tindakan ku..amiN..''

Thank you for reading this entry..see you later

Wassalam

Thursday, July 12, 2012

Ainun TasNeem or AinaN TAsteeM...

Assalamualaikum w.b.t

1st entry for july haha..last week punyer xde any post..ape maksudnyer erk?haha dat means angan-angan princess lulu nak capai target for 1 post at least for 1 week tak tercapai lak maksudnyer an an an..

okey princess lulu tak nak membebel banyak-banyak sangat..just straight to da point okeh....baru-baru ni princess lulu ada dengar lagu penyanyi baru bernama ainan tasneem (tak de la baru pon..da sebulan kot)..kalau ikot lebey sebulan kot coz my youngest sister yang standard 2 tu pernah play lagu penyanyi ni dalam laptop dye..tapi mase tu princess lulu tak take note sangat..malas nak take note coz adik bongsu princess lulu tau banyak sangat lagu..budak-budak zaman IT la katakan..

tapi at da end bila dengar dalam my favorite channel radio Hot Fm mainkan lagu ni...i'm realize that ok lagu budak ala-ala underground ni power jugak la sampai boleh masuk dalam radio swasta..yela kadang-kadang lagu penyanyi yang dah lama establish pun susah nak dimainkan kat radio swasta..harapkan radio-radio awam je like rtm..sampai jadi kes artis kecik hati la kecewa la...

apa yang princess lulu dapat tau masa searching-searching pasal Ainan Tasneem ni..dye ni macam Najwa Latif jugak la..nama diorang naik lepas video diorang kat dalam youtube diviewkan oleh syarikat-syarikat rakaman..and then syarikat-syarikat rakaman ni tertarik and panggil diorang untuk buat single song..lepas ni maybe nama Ainan Tasneem akan naik sebagaimana artis Najwa Latif tu..see kecik-kecik lagi da berjaya kan..(oh lupa plak Datuk ct pun start jadi artis masa di bangku sekolah jugak kan)

okeh da story begin...seperti mana yang semua da tahu Najwa Latif ni still lagi di bangku sekolah..it's same goes to Ainan Tasneem ni..apa yang princess lulu dapat tahu ialah Ainan Tasneem ni still belajar jugak...tapi bukan kat sekolah la..she is pursuing her bachelor in bioprosess engineering at unimap..okeh kalau orang baca macam wow je kan..amik engineering tu..princess lulu bukan la nak kondem si Ainan Tasneem ni..(FYI princess lulu minat lagu aku suka dia ni..so princess lulu bukan anti Ainan Tasneem okeh....)

selalunya yang wow bila baca status she is pursuing her bachelor in engineering ni mesti budak-budak sekolah or remaja-remaja...tu bagi pendapat princess lulu la..as example engineer-engineer even yang tengah study engineering pon rasanya rasa biasa je..xde la wow pon..bab kata kawan princess lulu mase berborak tentang Ainan Tasneem ni pon..korang tau tak yang sekarang ni pun berlambak graduate student bioproses even engineering yang menganggur..so kawan princess lulu tu pun xheran la..

tapi walau cam ne pun princess lulu respect jugak la dengan Ainan Tasneem ni..dia tahu nak tentukan masa depan dye..belajar tinggi-tinggi untuk jaminan masa depan nyer..moga-moga Najwa Latif pun da plan untuk masa depannya..belajar tinggi-tinggi k..xrugi bila kita belajar tinggi-tinggi..ilmu pun bertambah kan..

okeh la sampai disini saja la entry princess lulu kali ni...princess lulu doakan yang terbaik untuk Ainan Tasneem, Najwa Latif and semua orang termasuk princess lulu sendiri (yela kalau bukan kita yang doa untuk diri sendiri sape lagi kan selain parent kita..of coz ourself rite)


p/s: entry kali ni cam ada bau-bau jeles dengan Ainan Tasneem..bukan ape nama dye dekat-dekat dengan nama princess lulu..Ainun..so pasni princess lulu nak guna nama Ainun Tasneem leh tak...mana tau glamor cam Ainan Tasneem kew...pastu ade syarikat rakaman tertarik dengan princess lulu tuk jadi artis dorang..suara kan boleh di asah...kan kan kan haha

Wassalam..adios

Thursday, June 28, 2012

Nak pilih YAng MAna satU...

Assalamualaikum w.b.t

Hidup memang indah bila kita diberi kesempatan untuk membuat pilihan....beribu-ribu pilihan disusun dihadapan kita untuk we decide which is our choice..nikmatnya hidup kalau hidup macam tu kan..kita diberi kebebasan untuk memilih apa sahaja


tapi bagaimana pula jika kita diberi banyak pilihan tetapi hanya di benarkan untuk mengambil satu daripada beribu-ribu pilihan tersebut..pening bukan...?


itulah yang terjadi kepada princess lulu arini...terlalu banyak pilihan yang perlu di ambil perhatian...and every pilihan akan mendatangkan side effectnya..bak kata pepatah diluan mati mak di telan mati bapak di sedut mati akal (this is bcoz ada 3 pilihan yang perlu dikira...haha)...ok princess lulu lost sekejap tak tahu nak amik keputusan yang mana satu..



korang ada idea tak how to solve that kind of situation...samada tak buat apa-apa pilihan or ada cara-cara yang korang pikir that's is the best..rata-rata orang akan bagi nasihat supaya pikir dulu ape kesan and akibat yang akan wujud sekiranya korang pilih pilihan-pilihan tersebut...kalau rajin buatlah table sikit cam nie..


yang penting korang kena kuat untuk hadapi setiap keputusan yang korang pilih tu..korang kena tahu selepas keputusan itu dibuat..pasti akan ada halangan yang menanti kita di hadapan..

 

apa-apa pun cabaran dan dugaan itu adalah lumrah hidup..setiap hamba Allah s.w.t. pasti akan diuji olehNya..apabila Allah s.w.t. menurunkan ujian terhadap hambanya, itu tandanya Dia sayang kita..kita sebagai hambaNya perlulah menghadapi ujian tersebut dengan sabar..Allah s.w.t hanya ingin menguji iman kita..adakah iman kita kuat ataupun tak...


Wassalam (*_*)