Monday, December 28, 2009
sifat aneh perempuan
Di sini, disenaraikan beberapa sikap aneh golongan wanita. Mungkin kaum lelaki akan lebih mengenali pasangan mereka selepas membacanya.
1. Setiap gadis sukakan pujian. Apatah lagi pujian daripada lelaki yang mereka sukai. Namun yang peliknya, mereka selalu tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian. Kadang-kadang nak ucapkan terima kasih pun sukar untuk mereka.
2. Bila lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh, seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit, kesemua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
3. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi seorang perempuan, jadi buat golongan lelaki, jangan senyum sembarangan. Takut disalahertikan.
4. Jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usaha untuk memikatnya. Ini kerana perempuan memang suka 'jual mahal' kepada lelaki yang meminatinya.
5. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Lebih baik tanya kepadanya sendiri kerana wanita memang sangat sukar untuk dimengerti.
6. Perkara pertama yang dicari wanita bila teman lelaki menunjukkan gambar-gambarnya bersama rakan-rakan, ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.
Friday, October 9, 2009
lipat kajang in memories~
dh abis mkn..spt biase la..kami snap gambar...jom zuumm~~
n akhirnyer chot pun smpai umah...mana die pg ntah..pg kutip duet raye kot..:)
tgk en firdaus..sibok je nk masuk gambar haha...
2 jejaka anak pak cik n mak cik...baby bob xde...pg beli aiskrim kot..hihi
erm...??
mak cik n pak cik...syg both of you..ksian mereka...ddk berdua je..kami dtg die x sunyi sgt..
dh la...rase nk tdo lak..kul 3.10 pagi dh...kuat lak mata aku thn tdo....isk2
best sgt dpt keluarga angkat dgn mak cik n pak cik..n also dgn christine,chot n syah..baby bob also!!
bye lipat kajang..nxtime time kami dtg lg~~
Sunday, August 23, 2009
25 sifat wanita perangkap lelaki
1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.
ini hanya lah info je....aku pun x abis baca lagi psl nie haha...sj nj kongsi pengetahuan...nk praktikkn tu xtau la ble...haha..k la time kaseh sbb mbaca n luangkn mase menimba ilmu di page aku nie...haha
Tuesday, August 11, 2009
hari jalinan mesra :)
mencabar jgk la soklan mistery drive die thn nie...konpius..lg satu meter keta dgn klu xsama..mmg susah nk cari jwpn...lebih krg kul 1 ktorg sampai check point pertama kt pekan...boleh plak soklan last die suh kre berapa btg tiang lampu kt situ...gler punyer panas aku berjemur tuk ngira...dh la bertindih2 pengiraan aku..arghh lantak la...mistery drive bersmbg dgn last check point kt resort rompin...kali ni jgk die suh kre lg...bape byk banner ade kt situ...cis igt ktorg bru bljr membilang ke...
smpai kt sana lbh kurang kul 3...mula2 check in dlu pastu mkn petang kt sana...mula2 kami dpt 1 bilik je..besar la jgk..siap ade ruang tamu n dapur lg...tp katil lak xcukup..ni kes xbgtau nk joint skali la nie..klu x awal2 lg dh dpt 2 bilik sbb ahli keluarga ramai...wewe~
ptg tu abah bg kunci bilik baru tuk aku n adik2 aku duduk..tp bilik ni kecik skit..xde dapur..mcm standard hotel laen2...xpe la..kami nk katil je pun..haha mandi mkn sume kt bilik besar wahaha..mlm tu plak ade dinner..spt biase la ade game..tp kali nk bkn game cari brg berharga lg dh tp game rantai perkataan...yeke haha aku maen bg je nama game tuh...ske hati aku la nk ltk nama ape...blog aku kuakua..jom kte tgk peserta2 die..
tetiba tgh passing word...dewan mkn tu black out....wah 1st time..tahun ni dlm sejarah...selama kali ke berapa family day ni..hari jalinan mesra PGB 2009 kena black out...wahaha...best duduk dlm gelap...rupa2nyer 1 rompin black out...haha lucu bangat..mesti pengurus geram tue...haha tu la laen kali bg budjet byk skit...bt family day kt bandar metropolitan..sah xkn black out haha..pastu org kt resort tu pun jelaskn psl black out tu n berjanji akan setelkn mslh tue dgn secepat mungkin...diorg akan hidupkn generator...
erm lama jgk la nk tggu diorg hidupkn generator...stgh jam gak kot..alang2 tu kte snap pic dlu...zuuummm~
ijah yg gemok...bweek..(eh xbaek kutuk org..ampun..nnt kena kt kte balik..haha)
cis baju die color pink...slalu je berebut baju dgn aku!
2 beradik yg xde keje..
baru je nk amik gambar byk2...lampu nyala balik..xpe la..nk amik gambar gelap2 laen kali bole..hehe...acara diteruskn dgn persembahan staf2 PGB..disbbkn mse dh byk abis dek black out..game2 laen di skipkn..spt tahun lps akan ada 3 group yg akan bt persembahan..1 dr qtan Regional Office, 1 dr compressor n 1 lg group dr org2 yg tgh bt praktikal kt situ..
slps mbuat undi..qtan compressr yg akan bt persembhan mereka..diorg mbuat drama iklan digi..haha cantik maskot diorg berpakaian baju hujan color kuning..
maskot diorg dh hilang..haha malu agaknye
pastu tbe giliran qtan RO mbuat persembahan..group bdk praktikal xsempat nk amik pic sbb terpegun diorg bt persembahan...wahaha
tbe saat mengumumkn hadiah...tahun ni johan di menangi oleh qtan RO haha...tahniah ye bomoh jawa trg and da geng...haha
horee..horee!!!!
pg bsoknyer...acara sukaneka plak...tp mula2 perut kena isi dlu..klu x cm ne nk maen haha...lps tu pg pantai..sukaneka blangsung kt situ..jom chaubaaa..

tp b4 tu kena la pose dlu sblm pg maen..pewet
kanak2 ribena..
adik sape la nie...ish2
yosh...chaiyok2!
dh penat maen..kena la bg hadiah lak...
abis je penyampaian hadiah tuk sume game...sume org pun balik bilik msg2...mandi2..pastu lunch kejap...then balik..
hidangan terakhir aku mkn kt situ..sedap!dlm kul 2 kami pun bertolak pulang..bye2 sumeerset resort..
Saturday, July 18, 2009
story kami~
Thursday, July 16, 2009
zebra biru plus krim
mse ni kami pg tgk mlm err lupa dah ape tajuk majlis nih...tp yg bole ckp kelab kebudayaan punyer aktivity..best tgk teater n gamelan...asik2...asyik2..layan jerk
ni kami berempat...ish bdk 2 org ni...dh ade bj sama spesis pun xnk pakei...klu x leh jd model mlm kt atas pentas tue...alang2 duk dpn tuh
ni kameq...
abis kamera azy jadi mangsa...mmg x lepas peluang...xpe..ape yg penting ~ kerjasama...ape yg sama ~ kerja penting..ceh mengarut lagi
pastu sy pakai lg baju ni mse pg klas mlm..klas environmental engineering...bkn maen berhias...last2 lecturer xdtg...sakit gak hati tp xpe la...dpt tunjuk kt bdk2 nie...baju belang2 ku...wakakaka..
then mira ckp ayat plg bermakna dlm hidup saya...cewah ayat xleh blah...die kata saya nmpk kurus...yeah2 aku kurus...boleh bt kenduri 3 hari 3 mlm nie..(3 hari je la sbb mira tu spesis senget gak tuh...ade je ayat nk kenakn aku...ari tu ckp saya pembantu rumah indon...ayat skema gler..cish!)
nk letak gambar mira yg puji saya melambung2 tuh..haha a.k.a kembarku
ni la mira...tgk mira senyum..pemalu sgt...nk amik gambar pun susah..mcm2 alasan...cbe klu ready..leh gak masukkn pic kte byk lagi...ape lah mira nih...dush3
oyeah tibe mse nk tunjuk pic aku sorg2...si belang2...zebra cross dlm color biru n cream..yosh i loike!!!
yosh...muka dlm keadaan nk lari dr di snap oleh azy...malu la kunun2nyer...slalunyer x malu pun..bising ade la..berjangkit dr mira la nie..hampeh tol mira...siap la budak kecik sorg tue..ske bwk virus...cish!
last pic aku amik...gambar kami berkami ber3...tiga sekwn..pendekar bujang lapok versi milinium..yosh kameq lagik

p/s : abis dr tudung baju n sluar sama spesis dgn mlm kebudayaan tuh...xkesah pon...bj kat dlm tu laen yop..luaran x penting...yeke?...daku xsetuju wah2
p/s/s : next pic saya menunggu time nk g maen ice skating kt sunway...ehem2 pengarah projek jlnkan kerja ye...pk2 intisari rancangan dr skrg...intisari2...wakaka..old word zmn aku sekolah rendah..
Monday, July 13, 2009
penerbangan yang mengecewakan

walaupun mjadi pilihan terbaek kpd pesaingnya krn menawarkn harga yg lebih murah, namun Nepal Airlines juga amat terkenal krn jadual penerbangan yg selalu lewat selain seringkali mbatalkan jadual penerbangan di saat2 akhir..pelanggan yg jadualnye berubah akan dihantar ke ibu pejabat utk jadual waktu penerbangan mereka yg baru dan mereka x akan di bantu mencari penerbangan laen walaupun sudah berada di lapangan terbang ketika itu..jahat tol diorg nie..akhirnya para pelanggan akan menghadapi masalah terlebih mbayar utk penerbangan mereka.Turut mencemaskn lagi keadaan ialah pengerusi syarikat penerbangan ini pernah dipenjara pd tahun 2005 krn kesalahan rasuah dan penerbangan ini juga pernah tdk dibenarkn mbuat penerbangankrn tdk melepasi standard keselamatan..fuh2
no 2 = Varig airlines, Brazil
Penerbangan ini juga mempunyai sejarah dlm menawarkn perkhidmatan yg byk mslh dan wlaupun pelbagai cara dilakukan utk mengatasinya,dikatakn ia masih xmampu utk mengatasi mslh tersebut. Ramai yg menyangka penerbangan ini akan gulung tikar krn mslh kewangan malah pihak bank pernah muncul di airport ini menarik balik sebuah kpl terbangnye krn x dibayar. wlaupun dgn pihak pengurusan baru yg mengambil alih pd thn 2007 namun tiada perubahan ketara yg dilakukan malahan para penumpang masih mberikan komen yg kurang memberangsangkn ttg penerbangan ini spt kpl terbang yg sgt lama & buruk selain kerusi yg x berfungsi & kotor. Malah Varig airlines juga sering mengalami mslh kelewatan n biasenyer diorg akan mberitahu para pelanggan melalui email di tgh2 mlm ttg mslh tersebut..
Apa yg menarik ttg penerbangan ini ialah sebuah lmn web yg telah ditubuhkn oleh org2 yg tertentu utk menggalakkn para pelanggan n org ramai agar mengundi supaya penerbangan ini dpt di ttp terus dan wlaupun Alitalia airlines berusaha menutup lmn web tersebut, ianya x berjaya dilakukn. pada tahun 2006, sebuah blog pernah menyenaraikn penerbangan ini sbg yg plg buruk pd tahun 2006 krn kekerapannya menganjurkn mogok, penerbangan yg di batalkn di saat akhir, kelewatan n isu2 perkhidmatan yg x pernah selesai. malah mslh kewangan menambahkn lg beban syarikat ini pd thn 2008 n kerajaan terpaksa campur tgn dgn memberikn bantuan kewangan agar ia dpt di elakkn drpd mjadi bankrap.
Syarikat ini pula dikatakn mmg amat tkenal dan selalu di labelkn sbg penerbangan yg plg teruk dlm dunia krn mslh kelewatan flight yg kerapkali sgt berlaku & x pula di tangani di bhgn pengguna yg baek. kononnya pernah berlaku 1 peristiwa, seorg wanita yg baru pulang dr Cancun telah tersangkut di Mexico apabila syrkt ini tiba2 shj mbatalkn penerbangannya n United airlines mengatakn mslh yg timbul itu adlh mslh wanita tersebut n bkn pihaknya. adlh dikatakn kesemua mslh yg wujud dlm united airlines sbnrnye berpunca drpd mslh kewangan yg mereka sdg hadapi n kadangkala mslh itu akan di tangani dgn cara mjual tmpt2 ddk yg boleh mengakibatkn kelewatan dlm penerbangan yg memakan masa berjam2...woo lama tue
Penerbangan ini di katakn mengendalikn lebih 600 penerbangan setiap hari n ini bkn lah sesuatu yg baek jika komen yg diterima mereka ttg servis itu ialah selalu berlaku kelewatan penerbangan, bhgn khidmat pelanggan yg lemah selain penumpang yg selalu kehilangan bagasi. dlm 1 kes, seorg pelanggan mbawa 3 org pelajar dr USA ke Nicaragua yg spttnyer singgah sebentar di Mexico City tp bila tiba di sana, para kakitgn Aeromexico memberitahu bahawa penerbangan mereka akan djadualkn semula n hanya slps 8 hari barulah flight baru akan ada n bila mereka mengambil keputusan utk berpth balik ke Us, mereka juga di beritahu bahawa tiada flight balik ke sana utk tempoh 5 hari, jadi akibatnyer, sekumpulan pljr itu terpaksa menghabiskn masa hampir smggu dgn x berbuat apa2..sampai ati diorg nih..
