Wednesday, September 29, 2010

ape komen korg..?

Secara kasar, lelaki jika sekali terserempak dengan pompuan di mana mana, maka pompuan tersebut akan terus terpahat di memori lelaki. Ini terbukti jika lelaki terserempak dengan pompuan yang cantik serta menawan, lelaki selalunya dapat mengingati wajah pompuan tersebut. Oleh itu, pompuan janganlah terkejut jika pompuan di hampiri oleh lelaki dan lalu lelaki itu berkata, " Rasa macam kenal..." Itu bukanlah lelaki itu cuba mengayat anda..tetapi itu menunjukkan pompuan itu tetap dalam ingatan lelaki tersebut :)


Berbanding
pompuan, kebanyakan jika terserempak dengan lelaki...pompuan selalunya akan berpura pura tak kenal. Pompuan akan jadi malas nak tegur. Kemudian pompuan itu akan berfikir sendirian, rasanya pernah nampak...tapi di mana yea??? Berdasarkan kenyataan ini, lelaki langsung tak terkejut jika pompuan langsung buat buat tak mengenali mereka. Maklum laa...pompuan lupa agaknya :)

Walau begitu,
pompuan juga mempunyai ingatan yang kuat terutamanya tarikh tarikh penting dalam hidup mereka. Ini kerana tarikh tarikh tersebut selalunya memberi makna yang tersendiri bagi pompuan. Berbanding lelaki yang agak leka dalam hal mengingati tarikh tarikh ini. Kalau masih ingat tarikh lahir, itu kira sudah cukup bagus.

Namun ini bukanlah bermakna
lelaki ini jenis pelupa. Tetapi bagi diri lelaki, tiada tarikh yang paling penting dalam hidup mereka melainkan tarikh dapat gaji atau tarikh nak dapat duit. Setakat ingat tarikh lahir, tapi sengkek...tadak maknanya. Ini kerana jika lelaki sudah dapat gaji, lelaki selalunya akan terus ingat kepada pompuan. Sebab dalam fikiran lelaki bila dah ada duit..."Boleh keluar makan makan ngan pompuan nih...boleh simpan duit nak kawin ngan pompuan nih...boleh ajak marka tengok wayang nih..." Dan segala macam lagi laa. Pendek kata, bila dapat gaji...lelaki akan mengingati pompuan dan menghabiskan duit dengan pompuan. Ini jelas menunjukkan bahawa pompuan tetap dalam ingatan lelaki :)

Berbanding pompuan, bila dapat gaji...ada ker nak ingat lelaki??? Pompuan selalunya akan menghabiskan duit gaji mereka untuk diri mereka sendiri. Rasanya tak payah la di ceritakan bagaimana pompuan menghabiskan duit gaji mereka. Ini mungkin memerlukan penjelasan yang panjang berjela. Cuma kebarangkalian lelaki mendapat habuan dari gaji pompuan adalah amat tipis. Oleh itu lelaki sikit pun tak kecik hati jika pompuan tak membelanjakan duit gaji mereka untuk lelaki. Mungkin pompuan lupa agaknya :)

Akhir sekali, jika anda perhatikan pompuan selalunya lebih gemar bersosial atau keluar bersama dengan geng geng sejantina mereka. Mereka kadang kadang sanggup mengetepikan penglibatan lelaki dalam aktiviti sosial mereka. Kalau ada lelaki terlibat sekalipun, mungkin terlalu kecil jumlahnya. Ini secara tak langsung menunjukkan bahawa pompuan kadang kadang lupa kewujudan lelaki dalam dunia nih. Tetapi lelaki tadak la amik serius sangat hal nih. Maklum laa...mungkin pompuan lupa agaknya :)

Berbanding lelaki yang kalau di ikutkan hati semua aktiviti sosial, lelaki gemar mengajak pompuan join bersama. Tengok bola ajak pompuan, keluar makan ajak pompuan. Keluar lepak malam malam ajak pompuan. Race kereta pun, kalau boleh nak pompuan duduk sekali dalam kereta. Pendek kata serba serbi aktiviti sosial, lelaki tak pernah lupa ajak pompuan. Lelaki juga tak kisah jika hanya bersendirian keluar dengan ramai ramai pompuan. Ini jelas menunjukkan bahawa kaum pompuan sentiasa dalam ingatan lelaki :)

No comments:

Post a Comment